Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu hasratnya untuk bertanding di Parlimen Tambun, dijadikan sebagai pertembungan peribadi dengan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Sebaliknya Anwar menegaskan, strateginya untuk bertanding di Tambun untuk melonjakkan kekuatan Pakatan Harapan (PH) di Perak dan akhirnya untuk menawan Putrajaya.